Saya tak suka adik saya dikaitkan dengan isu remeh - Ogy Ahmad Daud

KUALA LUMPUR 4 April - Pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengakui dia kurang senang apabila mengetahui kontroversi yang melibatkan adiknya, Fazlina Ahmad Daud dan Aiman Tino.

Ogy, 56, berkata, dia tidak berkeberatan untuk mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan Aiman sekiranya isu tersebut masih berpanjangan.

“Selepas mendengar cerita tersebut, saya terus menghubungi adik saya untuk bertanya sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya amat marah apabila diberitahu tentang situasi sebenar. Sebab itu saya mahu berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang katanya tidak berpuas hati dengan adik saya.



“Saya tidak suka apabila Fazlina dikaitkan dengan perkara remeh seperti itu. Bagaimanapun, adik saya meminta agar saya tidak masuk campur dan ingin menyelesaikan sendiri isu itu,” jelas Ogy.

Nama Fazlina dan Aiman terpalit kontroversi apabila ada pihak yang memperbesarkan kejadian Aiman ditampar Fazlina ketika menjalankan latihan lakonan untuk drama Mok Cun baru-baru ini.

Sedangkan Aiman pernah menjelaskan dia tidak mengambil serius perkara itu dan tidak berniat mengambil sebarang tindakan seperti didakwa. Sebaliknya dia berterima kasih kepada Fazlina kerana banyak membantunya di set penggambaran. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/saya-tak-suka-adik-saya-dikaitkan-dengan-isu-remeh-ogy-ahmad-daud-1.641547#ixzz5BhETAkMx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Load disqus comments

0 comments