Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan

'Jangan malukan mak ayah' - Ogy berang adik terpalit kontroversi tampar Aiman Tino

PELAKON Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy mengakui kecewa apabila nama adiknya, Fazlina Ahmad Daud terpalit kontroversi menampar penyanyi Aiman Tino.

Menurut Ogy, dia ingin berjumpa dengan dengan Aiman Tino dan pihak pengurusannya yang didakwa tidak berpuas hati dengan Fazlina untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Selepas mendapat berita itu saya terus bertanyakan kepada Fazlina mengenai perkara sebenar yang berlaku.
"Dia menjelaskan perkara sebenarnya yang terjadi dan saya turut mengingatkan dia supaya jangan nak memalukan mak dan ayah dengan kontroversi yang berlaku.



"Saya memang tidak suka apabila adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan saya tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang tidak boleh mendatangkan manfaat.

"Saya sebenarnya ingin berjumpa dengan pihak pengurusan Aiman untuk selesaikan perkara ini namun adik saya menghalang dan dia ingin menyelesaikan perkara itu sendiri tanpa saya," katanya kepada Astro Gempak.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Read more

Saya tak suka adik saya dikaitkan dengan isu remeh - Ogy Ahmad Daud

KUALA LUMPUR 4 April - Pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengakui dia kurang senang apabila mengetahui kontroversi yang melibatkan adiknya, Fazlina Ahmad Daud dan Aiman Tino.

Ogy, 56, berkata, dia tidak berkeberatan untuk mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan Aiman sekiranya isu tersebut masih berpanjangan.

“Selepas mendengar cerita tersebut, saya terus menghubungi adik saya untuk bertanya sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya amat marah apabila diberitahu tentang situasi sebenar. Sebab itu saya mahu berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang katanya tidak berpuas hati dengan adik saya.



“Saya tidak suka apabila Fazlina dikaitkan dengan perkara remeh seperti itu. Bagaimanapun, adik saya meminta agar saya tidak masuk campur dan ingin menyelesaikan sendiri isu itu,” jelas Ogy.

Nama Fazlina dan Aiman terpalit kontroversi apabila ada pihak yang memperbesarkan kejadian Aiman ditampar Fazlina ketika menjalankan latihan lakonan untuk drama Mok Cun baru-baru ini.

Sedangkan Aiman pernah menjelaskan dia tidak mengambil serius perkara itu dan tidak berniat mengambil sebarang tindakan seperti didakwa. Sebaliknya dia berterima kasih kepada Fazlina kerana banyak membantunya di set penggambaran. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/saya-tak-suka-adik-saya-dikaitkan-dengan-isu-remeh-ogy-ahmad-daud-1.641547#ixzz5BhETAkMx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Read more

'Baby hanya ikut skrip'

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud kecewa apabila ada pihak sengaja memperbesarkan isu adiknya, Fazlina atau Baby menampar penyanyi Aiman Tino ketika berlakon dalam drama bersiri Mak Cun.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 55, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana adiknya bertindak begitu untuk memenuhi tuntutan skrip.

"Apabila mendapat tahu mengenai insiden itu di laman YouTube, saya terus bertanya kepada Baby, apa yang cuba dilakukannya? Setahu saya, dia bukan guru lakonan dan perbuatannya itu boleh memalukan arwah emak dan ayah.

"Baby, bagaimanapun menafikan perkara itu. Dia memberitahu babak melempang itu bukan dilakukan sekuat hati seperti yang digembar-gemburkan. Dia sebaliknya, hanya menolak pipi Aiman dengan jari," katanya.

Ogy berkata, pada mulanya, dia juga berhasrat mahu berjumpa dengan pengurus Aiman untuk menyelesaikan perkara itu, namun dihalang Baby yang mahu menguruskannya sendiri.

"Akhirnya, saya mendapat tahu cerita sebenar daripada penerbit drama itu, Erma Fatima yang memaklumkan babak Aiman ditampar memang ada dalam skrip. Baby hanya melakonkan watak yang diperlukan mengikut skrip.



Pelakon, Fazlina Ahmad Daud (kiri) dan penyanyi AimanTino. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam/Mahzir Mat Isa
"Dia juga kesal apabila cerita yang tidak benar seperti itu tersebar," kata Ogy kepada BH Online.

Fazlina sebelum ini dikecam teruk peminat penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu ekoran insiden terbabit. Malah, timbul dakwaan mengatakan pihak pengurusan Aiman mahu membuat laporan polis disebabkan tidak puas hati dengan perbuatan dramatis berusia 42 tahun itu.

Bagaimanapun, Aiman menafikan pihaknya mahu membuat laporan polis dan turut meluahkan sedih kerana perkara itu dijadikan isu.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan watak Azura itu ditemui pada majlis sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku yang diadakan di sebuah hotel, di sini.

Pada majlis yang bakal diadakan pada 1 Mei itu, Ogy bakal bertindak sebagai pengacara manakala dua penyanyi, Safura Yaacob dan Liza akan menghiburkan tetamu dengan nyanyian hebat mereka.

Sumber : www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/04/407439/baby-hanya-ikut-skrip
Read more

Bayangkan rupa artis lelaki Hollywood jika bertukar menjadi wanita? Adakah cantik atau kelihatan seperti nenek sihir?

Sejak zaman prasejarah lagi, lelaki yang berjaya membunuh beruang paling ganas, mengangkat batu terbesar atau menunggang kuda paling laju dianggap sebagai lelaki yang perkasa.

Tetapi di zaman moden ini, lelaki yang boleh diharap seringkali dilihat sebagai lelaki yang mempunyai keyakinan diri, mempunyai sifat sebagai pemimpin, bijak membuat keputusan dan juga bekerjaya. Pelakon dan penyanyi terkenal merupakan salah satu individu yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Namun, pernahkah anda terbayang bagaimana rupanya jika lelaki-lelaki ‘harapan dunia’ ini memiliki wajah persis seorang wanita?

Hal ini demikian kerana ada sebilangan lelaki yang kelihatan jauh lebih cantik berbanding wanita sekiranya mereka didandan. Tetapi, ada juga yang mengerikan dan pasti membuatkan ramai histeria melihat perubahan wajah wanita mereka.

Lihat beberapa contoh gambar suntingan di bawah dan berikan komen anda tentang lelaki mana yang kelihatan manis dan ayu.

#1 Ryan Gosling berubah menjadi Ryana Gosling



#2 Donna Trump!



#3 Bayangkan Leonardo DiCaprio mengambil watak Rose di dalam filem Titanic. Apa akan jadi ya?



Kredit: shutterstock

#4 Adakah anda semua jatuh cinta dengan Georgina Clooney yang menawan ini?



Kredit:  shutterstock

#5 Boleh tahan juga pelakon aksi lasak ini dalam penampilan wanitanya. Jason Statham bertukar menjadi Jessy Statham. Hehe!



Kredit: shutterstock

#6 Hmm.. Muram hari-hari saya~




Kredit: shutterstock

#7 Apa pendapat anda jika Robert Pattinson menggantikan watak Bella Swan dalam filem Twilight? Lulus ke tidak?



Kredit: shutterstock

#8 Wau! Bruce Willis versi wanita. Nampak seperti seorang wanita yang bekerjaya!



Kredit: shutterstock

#9 The Rock yang feminin? Mungkin tidak~



Kredit: shutterstock

#10 Saya Patricia Hemsworth, anak perempuan kepada Odin!



Kredit: shutterstock

#11 Kapten lanun kita kelihatan seperti makcik bawang pula kan?



Kredit: shutterstock

#12 Terminator yang sado ini kelihatan seperti makcik bawang juga, kawan kepada kapten Jack Sparrow di atas. Hehe!



Kredit: shutterstock

#13 Vin Diesel versi wanita kelihatan ganas seperti seorang ahli tinju!



Kredit: shutterstock


Artikel kredit :www.erabaru.com.my/2018/03/31/bayangkan-rupa-artis-lelaki-hollywood-jika-bertukar-menjadi-wanita-adakah-cantik-atau-kelihatan-seperti-nenek-sihir/
Read more