'Tak kisah nyanyi, tapi jangan sindir'

sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/04/406944/tak-kisah-nyanyi-tapi-jangan-sindir

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi menganggap tindakan Fathia Latiff merakam semula lagu Di Matamu yang diubah lirik menjadi seperti lagu balasan kepada single hitnya itu sebagai cara aktres terbabit berkarya.

Malah, Sufian, 26, tidak terasa hati walaupun ada pihak mendakwa perbuatan pelakon kontroversi itu seolah-olah cuba mengeruhkan keadaan apabila turut mengaitkan bekas tunangnya, Elfira Loy ketika memuat naik video terbabit di Twitter.


"Sebelum ini, memang ramai yang membuat 'cover' lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu 'cover' yang kreatif. Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit.

"Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versinya sendiri, janganlah dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba mencampuri urusan peribadi orang lain," katanya kepada BH Online.



Fathia Latiff merakam semula lagu Di Matamu yang diubah lirik. - Foto twitter Fathia Latiff
Tambah Sufian lagi, budaya menukar lirik serta merakamkan lagu balasan kepada sesebuah lagu bukanlah perkara asing dalam industri hiburan.

"Di luar negara pun ada melakukan perkara sama contohnya lagu If I Was A Boy yang dinyanyikan Beyonce dan Perfect oleh Ed Sheeran. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik buat saya," katanya.

Sebelum ini, Fathia dikecam netizen apabila perbuatannya itu dilihat seperti cuba memanjangkan lagi kontroversi putus tunang pasangan Sufian dan Elfira yang hangat diperkatakan.

Sementara itu, Sufian yang ditemui pada majlis pengumuman finalis Bintang RTM 2018 semalam, bakal menghiburkan penonton di pentas akhir pertandingann itu di Pusat Konvensyen CIDB di sini, Sabtu ini.
Read more

Reply Di Matamu kini trending nombor dua di YouTube

SEBAGAI kelainan, Fathia Latiff muncul dengan lagu versi balasan (reply) Di Matamu.

Lebih membanggakan, lagu yang ditukar lirik itu menerima lebih 600,000 tontonan sejak dimuat naik di laman You Tube pada 30 Mac lalu.

Bahkan, lagu tersebut turut menjadi trending nombor dua di YouTube.

"Alhamdulillah! thank you everybody!," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, bintang filem Darah Panas ini turut mempromosikan lagu tersebut di Twitter.



Namun, ia mencetuskan kontroversi apabila Fathia menujukan lagu itu kepada Elfira Loy sehingga menimbulkan tanda tanya pada aktres tersebut.

"This is the reply. I've change the lyrics," balas Fathia di Twitter.

Bukan itu sahaja, tindakan itu turut dipersoalkan netizen namun segera ditenteramkan oleh selebriti berusia 31 tahun ini.

"Well... just for fun! Chill!," tulisnya lagi.

Pada masa sama, rata-rata peminatnya juga memuji kelunakan suara pelakon drama bersiri Ariana Rose ini.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/reply-di-matamu-kini-trending-nombor-dua-di-youtube-1.817625
Read more

Sufian anggap tindakan Fathia ubah lirik lagu sekadar berkarya

KUALA LUMPUR - Penyanyi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi menganggap tindakan pelakon Fathia Latiff yang merakam versi balasan lagu tersebut hanya untuk berkarya.

Sufian turut memuji tindakan pelakon itu sekiranya benar tujuan lagu itu dibuat sekadar mahu berkarya selain mempelbagaikan versi dendangan asal lagu itu.



"Sebagai orang seni, saya lihat apa sahaja yang berlaku di dalam industri ini adalah untuk berkarya selain mempelbagaikan versi lagu itu.

"Saya memuji tindakannya itu tetapi berharap perkara tersebut dilakukan bukan bertujuan untuk mencampuri urusan peribadi," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman finalis Bintang RTM di sini sebentar tadi.

Ketika ditanya berkenaan tindakan Fathia yang mengaitkan nama bekas tunangnya, Sufian memberitahu, lebih adil sekiranya perkara itu ditanya kepada Fathia sendiri.

"Saya tidak tahu apa yang dia cuba lakukan, mungkin sekadar mahu memberitahu yang dia merakam lagu itu dalam versi tersendiri.

"Malah budaya menukar lirik ini juga bukan perkara baharu dalam industri dan saya harap ia cuma atas dasar berkarya, bukannya serangan peribadi. Oleh sebab itu, tiada sebab untuk saya melatah," jelasnya.

Pada Sabtu lalu, Fathia merakamkan versi balasan lagu Di Matamu dendangan Sufian dan memuat naik lagu tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Pelakon itu turut mengaitkan nama bekas tunang Sufian, Elfira Loy menerusi salah satu statusnya ketika mempromosikan lagu tersebut di laman Twitter miliknya. - K! ONLINE



sumber : http://www.kosmo.com.my/terkini/sufian-anggap-tindakan-fathia-ubah-lirik-lagu-sekadar-berkarya-1.640354
Read more

'Jangan malukan mak ayah' - Ogy berang adik terpalit kontroversi tampar Aiman Tino

PELAKON Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy mengakui kecewa apabila nama adiknya, Fazlina Ahmad Daud terpalit kontroversi menampar penyanyi Aiman Tino.

Menurut Ogy, dia ingin berjumpa dengan dengan Aiman Tino dan pihak pengurusannya yang didakwa tidak berpuas hati dengan Fazlina untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Selepas mendapat berita itu saya terus bertanyakan kepada Fazlina mengenai perkara sebenar yang berlaku.
"Dia menjelaskan perkara sebenarnya yang terjadi dan saya turut mengingatkan dia supaya jangan nak memalukan mak dan ayah dengan kontroversi yang berlaku.



"Saya memang tidak suka apabila adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan saya tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang tidak boleh mendatangkan manfaat.

"Saya sebenarnya ingin berjumpa dengan pihak pengurusan Aiman untuk selesaikan perkara ini namun adik saya menghalang dan dia ingin menyelesaikan perkara itu sendiri tanpa saya," katanya kepada Astro Gempak.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Read more

Saya tak suka adik saya dikaitkan dengan isu remeh - Ogy Ahmad Daud

KUALA LUMPUR 4 April - Pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengakui dia kurang senang apabila mengetahui kontroversi yang melibatkan adiknya, Fazlina Ahmad Daud dan Aiman Tino.

Ogy, 56, berkata, dia tidak berkeberatan untuk mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan Aiman sekiranya isu tersebut masih berpanjangan.

“Selepas mendengar cerita tersebut, saya terus menghubungi adik saya untuk bertanya sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya amat marah apabila diberitahu tentang situasi sebenar. Sebab itu saya mahu berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang katanya tidak berpuas hati dengan adik saya.



“Saya tidak suka apabila Fazlina dikaitkan dengan perkara remeh seperti itu. Bagaimanapun, adik saya meminta agar saya tidak masuk campur dan ingin menyelesaikan sendiri isu itu,” jelas Ogy.

Nama Fazlina dan Aiman terpalit kontroversi apabila ada pihak yang memperbesarkan kejadian Aiman ditampar Fazlina ketika menjalankan latihan lakonan untuk drama Mok Cun baru-baru ini.

Sedangkan Aiman pernah menjelaskan dia tidak mengambil serius perkara itu dan tidak berniat mengambil sebarang tindakan seperti didakwa. Sebaliknya dia berterima kasih kepada Fazlina kerana banyak membantunya di set penggambaran. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/saya-tak-suka-adik-saya-dikaitkan-dengan-isu-remeh-ogy-ahmad-daud-1.641547#ixzz5BhETAkMx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Read more

'Baby hanya ikut skrip'

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud kecewa apabila ada pihak sengaja memperbesarkan isu adiknya, Fazlina atau Baby menampar penyanyi Aiman Tino ketika berlakon dalam drama bersiri Mak Cun.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 55, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana adiknya bertindak begitu untuk memenuhi tuntutan skrip.

"Apabila mendapat tahu mengenai insiden itu di laman YouTube, saya terus bertanya kepada Baby, apa yang cuba dilakukannya? Setahu saya, dia bukan guru lakonan dan perbuatannya itu boleh memalukan arwah emak dan ayah.

"Baby, bagaimanapun menafikan perkara itu. Dia memberitahu babak melempang itu bukan dilakukan sekuat hati seperti yang digembar-gemburkan. Dia sebaliknya, hanya menolak pipi Aiman dengan jari," katanya.

Ogy berkata, pada mulanya, dia juga berhasrat mahu berjumpa dengan pengurus Aiman untuk menyelesaikan perkara itu, namun dihalang Baby yang mahu menguruskannya sendiri.

"Akhirnya, saya mendapat tahu cerita sebenar daripada penerbit drama itu, Erma Fatima yang memaklumkan babak Aiman ditampar memang ada dalam skrip. Baby hanya melakonkan watak yang diperlukan mengikut skrip.



Pelakon, Fazlina Ahmad Daud (kiri) dan penyanyi AimanTino. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam/Mahzir Mat Isa
"Dia juga kesal apabila cerita yang tidak benar seperti itu tersebar," kata Ogy kepada BH Online.

Fazlina sebelum ini dikecam teruk peminat penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu ekoran insiden terbabit. Malah, timbul dakwaan mengatakan pihak pengurusan Aiman mahu membuat laporan polis disebabkan tidak puas hati dengan perbuatan dramatis berusia 42 tahun itu.

Bagaimanapun, Aiman menafikan pihaknya mahu membuat laporan polis dan turut meluahkan sedih kerana perkara itu dijadikan isu.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan watak Azura itu ditemui pada majlis sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku yang diadakan di sebuah hotel, di sini.

Pada majlis yang bakal diadakan pada 1 Mei itu, Ogy bakal bertindak sebagai pengacara manakala dua penyanyi, Safura Yaacob dan Liza akan menghiburkan tetamu dengan nyanyian hebat mereka.

Sumber : www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/04/407439/baby-hanya-ikut-skrip
Read more

Hantaran RM12,000 Hilang Semasa Hendak Bernikah, Pihak Perempuan Berkeras Batalkan Majlis!

Akad nikah merupakan detik indah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Saat lafaz diakad, maka bersatulah dua jiwa dalam melayari bahtera rumahtangga.

Namun, cuba bayangkan di mana majlis yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Ini bukan cerita cinta putus di tengah jalan, bukan dua minggu lagi mahu kahwin majlis cancel.

Tapi realitinya si lelaki sudah bersedia di depan tok kadi mahu melafazkan akad aku terima nikahnya, si gadis di belakang sudah tersenyum debar ditemani sanak saudara dan rakan-rakan.

Tiba-tiba sahaja, majlis tidak dapat diteruskan kerana album wang hantaran kosong. Siapa yang tidak sedih? Lagi-lagi bukan sikit jumlahnya itu.



Perkongsian pengalaman oleh Khairul Hakimin Muhammad semasa menjadi jurugambar untuk satu majlis nikah boleh dijadikan ikhtibar buat semua bakal pengantin di luar sana. Kalau berkaitan dengan duit, semua orang boleh lupa diri walau darah daging yang kita percaya. Berhati-hatilah.

Saya berjalan laju. Mahu pastikan bakal pengantin sentiasa di hadapan saya.

Ibunya menghubungi saya sekitar beberapa hari sahaja lagi sebelum hari nikah. Oleh kerana pernah ambil gambar orang kahwin, saya layan sahajalah.

Sampai di masjid. Pengantin diminta mengambil wuduk kemudian menunaikan solat 2 rakaat. Hantaran disusun berderet, setentang dengan hantaran pihak wanita.

Sesudah semuanya sampai, pihak wanita memulakan majlis. Tok kadi sudah duduk, lalu pengantin perempuan diminta duduk di bahagian belakang. Biar nampak dan sahih itulah pengantinnya.

Baru sahaja mahu bermula, Tok Kadi tanya,

“Boleh saya tengok duit hantaran?”

Lalu pengapit menghulurkan senaskhah buku berupa album. Yang biasanya kita letakkan duit bersusun di dalamnya.

Tok Kadi menyambut. Lalu diselakkan helaian pertama, kedua dan memandang wajah pengantin. Lalu berbisik. Kemudian kecoh. Soksek sana sini.

Pengantin bangun, mendapatkan ibunya. Ibunya memegang dada. Lalu juga bangun mahu melihat sendiri album tersebut. Ya kosong.

Tok Kadi bertanya jujur kepada pengantin, lalu pengantin menjawab “Sebenarnya memang ada, duit ini kami tinggal dengan sepupu kami. Dia kirimkan kepada kami pagi tadi. Kami tak buka, dia kata dia ke klinik, tak sihat. Tapi kami call tak jawab-jawab.”

Tok Kadi tanya pihak perempuan,

“Nak teruskan atau macam mana?”

Lalu bapa pengantin perempuan bersuara,

“Boleh kita beri 1 jam? Kalau tak ada juga, kita tangguh majlis ini.”

Panggg, ibu pengantin lelaki pengsan. Pengantin perempuan menangis teresak-esak. Kami yang jadi jurugambar ini duk berdiri sahaja melihat drama besar ini.

Suasana terus kecoh. Pengantin lelaki sekejap ke sana, sekejap ke sini. Duit hantaran RM12,000 hilang begitu sahaja.

Selepas sejam, pengantin perempuan dan rombongannya bangun meninggalkan masjid. Bapanya berkeras tidak mahu teruskan majlis sekiranya duit hantaran tidak diberi sebelum nikah.

Lalu duduklah kami di masjid dengan sepi. Sedang berdiam diri memandang sesama sendiri, pengantin lelaki duduk dan bersandar di dinding masjid sebaris dengan kami.

Lalu menangis sekuat hatinya. Bapanya memujuk-mujuk. Menepuk bahunya. Lalu mereka berpeluk.

Selang sebulan dua, saya dihubungi lagi. Majlis nikah antara mereka dibuat sekali lagi. Dan majlis itu berjaya. Selepas semua urusan nikah selesai, mereka memaklumkan yang pasangan ini akan ke England untuk sambung belajar. Rupanya kenduri mereka digabungkan sahaja di sebuah dewan.

Sudah selesai kerja kami mengambil gambar, pengantin lelaki duduk dengan saya dan kawan (yang sama mengambil gambar). Kami bersembang bersama-sama. Lalu terpacul di bibirnya:

“Hidup ini tak usahlah duk mainkan orang, hati orang, jiwa orang. Kita kena beringat yang Allah juga boleh mainkan kita semula.

Aku kerap bergurau dengan kawan, keluarga, prank dan kenakan sesiapa memang jadi sebatilah. Semua orang kenal dah. Sekali masa nak nikah, Tuhan pula prank aku. Duit tu hilang sampai ke sudah, sepupu aku bawa lari. Padahal aku sendiri yang masukkan duit tu dalam album tu. Beri pada dia, manusia yang paling aku percaya.

Mujurlah keluarga isteri aku ok, boleh tangguh. Kalau tak, mesti melayanglah semua.”

Kami semua terdiam. Tak terfikir yang Allah juga boleh prank kita. Dan jika kita terkena prank yang itu, hadaplah sendiri, tak ada ketawa-ketawa, malah menangislah sampai kecewa.

Hidup ini boleh sahaja jadi ceria dengan gurau, senda, usik. Namun bab merancang dengan teliti untuk kenakan orang, elakkan sahajalah. Boleh jadi setitik rasa kecewa orang yang jadi mangsa memakbulkan doanya untuk kita pula menerima musibah yang tidak terfikir di kepala.

Begitulah.
Read more